kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, February 29, 2012

CepatCepat

|

 

Lagi 9 minit nak injak ke tarikh 1 Mac, so nak apdet lajulaju. Haha. Kan ari ni 29 feb yang jumpa 4 tahun sekali jek, nak laaa jugak ade entry tuk ari ni. Mana tau umo tak panjang tuk 4 tahun akan datang.. Hukssss


Cerita hari ini. By point la yerrr


# Aisy adalah manja sesangat hari ni. Sampaikan aku g dapur nak masak pun nanges kemain. At last, aku dukung dia sekali sambil memasak. Senaman tangan dan pinggang tuh. Turun 2kilo (-_-t)


#Dari pukul 3 petang, Aisy da meragam taknak tido. Ok fine. Tapi masuk je pukul 8.30 malam, dia da meregek mintak kelon. Alerrr.. mama baru jew nak tengok Abang Adi Putra kat tibi semilannnn tuhhh 


#Dekat 1 jam jugak nak tidokan Irdina. Agak susah dari 2 malam sebelum ni. Maybe dia dah bajet mummy dia sampai umah malam ni macam minggu lepas. Alih-alih mummy nyer postpone balik pagi esok. Huksss


#Dah tak terfikir apa yang nak di drop down lagi. Da tak cukup masa.... da nak masuk 12 am 1 Mac tuh!!





mrs e
Tuesday, February 28, 2012

My Current Wallpaper

|

Tentulah gambar chenta hati saya ♥ 
:P


Quick entry for today. Nak sambung wat laundry dan uruskan dapur jap sementara hero masih tidur.. Daaaa





mrs e
Thursday, February 23, 2012

Hati Seorang Ibu

|
Assalamualaikum..


Lama tak berkesempatan menulis di sini. Bukan kerana apa, kekangan masa dan kadangkala tiada idea untuk memulakan cerita. Tapi petang ini aku rasa terpanggil untuk mencoret satu dua kata..


Amat sedih hati ini bila mengetahui adik Faris telah pergi selamanya. Jujur aku akui, aku gak lewat untuk mengetahui keseluruhan kisahnya sebelum ini. Hinggalah akhirnya aku ketahui dari blog Mazidul yang adik Faris telah pergi selama-lamanya.. Bertemu Allah Maha Pencipta pada pagi tadi.


Tak dapat dirungkaikan kesedihan yang bertamu di ruang hati. Mengasak-ngasak naluri seorang ibu. Betullah orang kata, bila dah ada anak sendiri, lagi kita dapat menyelami dan memahami perasaan seseorang yang  bergelar ibu. Lagi kita tau kuatnya perasaan kasih sayang ibu terhadap anaknya..


Sedih betul bila tengok gambar arwah adik Faris yang dibantu dengan tiub pernafasan oksigen. Baru malam tadi aku terbaca tentang pengalaman seorang blogger yang mengatakan betapa sakitnya memakai tiub oksigen itu ketika dirinya koma. Tersedar daripada koma, tidak dapat bercakap kerana mulut dipenuhi tiub dan wayar-wayar dan bila tiub itu mengepam oksigen ke paru-paru, sakitnya hanya Allah yang tahu kerana bernafas secara paksa. Sehinggakan dirinya tidak mahu di-intubate lagi sekiranya boleh jika dia koma lagi selepas ini (dirinya ade banyak komplikasi penyakit~antaranya sakit jantung berlubang, tumor otak (sudah dibuang), epilepsi (sawan) dan glaukoma). Hanya air mata yang berlinang yang menjelaskan kesakitan. Dan pabila aku lihat air mata arwah adik Faris berlinang, aku juga dapat membayangkan kesakitan itu.


Semua terjadi atas kehendakNYA, ketentuanNYA..


Kerana itu, bila membaca kisah-kisah begini, membuat aku tersentuh hati. Aku juga seorang ibu. Aku juga ada anak. Dan tidak dapat aku bayangkan betapa luluhnya hati ibu arwah adik Faris bila melihat dia yang sihat tiba-tiba sakit dan terus meninggalkannya. Dengan tiada tanda-tanda. Tanpa amaran awalnya. Semua berlaku secara tiba-tiba. Anak yang dikandung, dibawa ke sana ke mari selama 9 bulan tanpa tinggal sesaat pun, dan dibelai selama 6 tahun akhirnya 'pergi' dulu..


Walau apapun, kita sebagai manusia, kena redha dengan qada' dan qadarNYA. Kita semua ini hanya pinjaman. Sampai masa, giliran kita tiba jua...


Oleh itu, hargailah setiap saat dengan momen-momen indah bersama yang tersayang..


Terima kasih Allah atas kurniaan tidak terhingga ini
Mama sayang Aisy ketatketat






mrs e
Tuesday, February 14, 2012

Tak Sihat

|
Dua hari lepas, Aisy tak berapa sihat. Bangun pagi memula mama tengok dia ok, sekali bila dia nak tidur macam rasa gelisah aje. Mengantuk, tapi takleh tido. So mama pun bangun amik thermoscan, tengok bacaan, dah blinking lampu kaler merah. Alahaiiii.. patut la takleh tido. Dedar dedar dah badan dia. Sebab tu tak selesa.


Lepas tu mama terus cepat-cepat bagi Aisy ubat demam. Tak mandi pun dia pagi tu, lap lap badan aje. N mama tak pakaikan dia baju, biar dia selesa. Lagipun cuaca kat luar tu panas membahang. Tengokla ni, walaupun tak sihat tetapppp jugak layankan kakak Dina yang suruh pakai spek baru kakak Dina. 


Ceriaaa aje anak mama :D 



AISY Search in da house :P

Ini la first time Aisy tak sedap badan. Orang tua-tua kata, nak cari akal baru. Sebelum ni Aisy tak pernah la suhu badannya naik walaupun kena injection tiap-tiap kali checkup.



Dah petang tu, temp Aisy makin naik. Tapi kadang-kadang akan turun. On-&-off. Mama amik kan tuala basah n lap-lap kat seluruh badan dia..



Alhamdulillah.. Aisy sangat senang dijaga. Walau tak berapa sihat, tetap la gembira dan bergelak ketawa walau diagah, Gelak besar lak tuh :))



Thermoscan pun boleh ajeeee jadi barang mainan dia -_-"... Mama sentiasa pantau suhu badan dia disamping pakaikan jugak koolfever kat dahi n belakang badan. Sampai habis gel tu jadi nipis akibat menyerap kepanasan!


Alhamdulillah... Syukur pada Allah, pagi semalam bila bangun tido check temp Aisy, dah ok! Yeayyy.. Aisy da sihat.. Akal baru apelah agaknya yang dia dapat tuh?



p/s : paling takut kalau anak demam.. please beware mommies out there, kalau anak demam jangan ambil mudah. Sentiasa pantau suhu badan anak. Sebab baby bawah umur 2 tahun, kalau suhu badan panas sangat masa demam, boleh kena sawan.... (mintak dijauhkan dari kita semua perkara macam tu... Aminnn)







mrs e
Wednesday, February 8, 2012

Diapers

|
Aisy baru-baru lahir dulu, pakai brand drypers. Masa beli tu (ofkos masa before Aisy lahir dah ready dah) tak tau nak beli brand ape. Pegi kedai barang baby, tercangak-cangak depan semua brand diapers tak tau nak beli yang mana satu. 1st time nak beli, ditambah dengan takde pengalaman, n takde pulak le aku menyempat-nyempat nak search kat tenet baca review orang sume, so beli main agak-agak aje. Agak-agak ok, ambil dan bayar. Nak pulak assisstant kedai tu kata drypers ok, siap ade ruang udara untuk pusat baby newborn. So, ambil ajeeee..





Dekat 2 bulan jugaklah kut Aisy pakai drypers. Tapi selalu aje lah terkena bocor kalau bangun tido. Memula ingatkan sebab dah kena tukar saiz, tapi dah tukar pun asyik la jugak kebocoran. Jenuh jugak aku basuh cadar pagi-pagi -_-" Huhu


Until one day, aku try pakaikan Aisy sample gift petpet yang dapat masa kuar hospital ari tu. E eh. Elok pulak takde bocor-bocor. Pastu nampak menyerap n tak basah. N bila dah penuh, takdelah dia setongkol kat bawah tu tak macam pakai drypers :P





Maka otomatik lepas tu, terus tukar kepada petpet. So far ok je, Aisy takde masalah ke ape even adik aku kata petpet ni nipis sket dari mamypoko. Memang tak dinafikan, mamypoko the best sebab aku pun ade pakaikan Aisy mamypoko masa adik aku bagi lebihan saiz M dari Irdina. Mamypoko material dia lagi lembut, grip nya pun nampak lebih kemas n tebal sket.




Tapi tepuk poket sendirilah kan. Kalau mampu, boleh aje pakai mamypoko. Kalau biasa-biasa cam aku ni, petpet pun dah ok. N akan setia dengan petpet. Eheh. Cuma maybe akan ade gak beli mamypoko untuk stok pakaikan Aisy bila nak g berjalan atau travel jauh. Biar dia rasa kering n selesa sket :))


Terasa gak nak cuba cloth diapers. Tapi belum datang seru (rajin). So, hold dulu. Huahuahua :D




Camana lak dengan anak korang? Pakai diapers ape?







mrs e