kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, February 23, 2012

Hati Seorang Ibu

|
Assalamualaikum..


Lama tak berkesempatan menulis di sini. Bukan kerana apa, kekangan masa dan kadangkala tiada idea untuk memulakan cerita. Tapi petang ini aku rasa terpanggil untuk mencoret satu dua kata..


Amat sedih hati ini bila mengetahui adik Faris telah pergi selamanya. Jujur aku akui, aku gak lewat untuk mengetahui keseluruhan kisahnya sebelum ini. Hinggalah akhirnya aku ketahui dari blog Mazidul yang adik Faris telah pergi selama-lamanya.. Bertemu Allah Maha Pencipta pada pagi tadi.


Tak dapat dirungkaikan kesedihan yang bertamu di ruang hati. Mengasak-ngasak naluri seorang ibu. Betullah orang kata, bila dah ada anak sendiri, lagi kita dapat menyelami dan memahami perasaan seseorang yang  bergelar ibu. Lagi kita tau kuatnya perasaan kasih sayang ibu terhadap anaknya..


Sedih betul bila tengok gambar arwah adik Faris yang dibantu dengan tiub pernafasan oksigen. Baru malam tadi aku terbaca tentang pengalaman seorang blogger yang mengatakan betapa sakitnya memakai tiub oksigen itu ketika dirinya koma. Tersedar daripada koma, tidak dapat bercakap kerana mulut dipenuhi tiub dan wayar-wayar dan bila tiub itu mengepam oksigen ke paru-paru, sakitnya hanya Allah yang tahu kerana bernafas secara paksa. Sehinggakan dirinya tidak mahu di-intubate lagi sekiranya boleh jika dia koma lagi selepas ini (dirinya ade banyak komplikasi penyakit~antaranya sakit jantung berlubang, tumor otak (sudah dibuang), epilepsi (sawan) dan glaukoma). Hanya air mata yang berlinang yang menjelaskan kesakitan. Dan pabila aku lihat air mata arwah adik Faris berlinang, aku juga dapat membayangkan kesakitan itu.


Semua terjadi atas kehendakNYA, ketentuanNYA..


Kerana itu, bila membaca kisah-kisah begini, membuat aku tersentuh hati. Aku juga seorang ibu. Aku juga ada anak. Dan tidak dapat aku bayangkan betapa luluhnya hati ibu arwah adik Faris bila melihat dia yang sihat tiba-tiba sakit dan terus meninggalkannya. Dengan tiada tanda-tanda. Tanpa amaran awalnya. Semua berlaku secara tiba-tiba. Anak yang dikandung, dibawa ke sana ke mari selama 9 bulan tanpa tinggal sesaat pun, dan dibelai selama 6 tahun akhirnya 'pergi' dulu..


Walau apapun, kita sebagai manusia, kena redha dengan qada' dan qadarNYA. Kita semua ini hanya pinjaman. Sampai masa, giliran kita tiba jua...


Oleh itu, hargailah setiap saat dengan momen-momen indah bersama yang tersayang..


Terima kasih Allah atas kurniaan tidak terhingga ini
Mama sayang Aisy ketatketat






mrs e

3 comments:

ArELeEz said...

al fatihah utk arwah adik faris..

eis said...

al-fatihah..
subhanallah naja, ada terbaca blog yg kata ibu arwah kini disahkan hamil 2 bulan.

mrs e said...

areleez;
moga arwah adik faris ditempatkan di Jannatul Naim.. amin


eis;
ha a eis, Allah gantikan adik faris dengan zuriat yang lain, insyaAllah..