kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, February 14, 2012

Tak Sihat

|
Dua hari lepas, Aisy tak berapa sihat. Bangun pagi memula mama tengok dia ok, sekali bila dia nak tidur macam rasa gelisah aje. Mengantuk, tapi takleh tido. So mama pun bangun amik thermoscan, tengok bacaan, dah blinking lampu kaler merah. Alahaiiii.. patut la takleh tido. Dedar dedar dah badan dia. Sebab tu tak selesa.


Lepas tu mama terus cepat-cepat bagi Aisy ubat demam. Tak mandi pun dia pagi tu, lap lap badan aje. N mama tak pakaikan dia baju, biar dia selesa. Lagipun cuaca kat luar tu panas membahang. Tengokla ni, walaupun tak sihat tetapppp jugak layankan kakak Dina yang suruh pakai spek baru kakak Dina. 


Ceriaaa aje anak mama :D 



AISY Search in da house :P

Ini la first time Aisy tak sedap badan. Orang tua-tua kata, nak cari akal baru. Sebelum ni Aisy tak pernah la suhu badannya naik walaupun kena injection tiap-tiap kali checkup.



Dah petang tu, temp Aisy makin naik. Tapi kadang-kadang akan turun. On-&-off. Mama amik kan tuala basah n lap-lap kat seluruh badan dia..



Alhamdulillah.. Aisy sangat senang dijaga. Walau tak berapa sihat, tetap la gembira dan bergelak ketawa walau diagah, Gelak besar lak tuh :))



Thermoscan pun boleh ajeeee jadi barang mainan dia -_-"... Mama sentiasa pantau suhu badan dia disamping pakaikan jugak koolfever kat dahi n belakang badan. Sampai habis gel tu jadi nipis akibat menyerap kepanasan!


Alhamdulillah... Syukur pada Allah, pagi semalam bila bangun tido check temp Aisy, dah ok! Yeayyy.. Aisy da sihat.. Akal baru apelah agaknya yang dia dapat tuh?



p/s : paling takut kalau anak demam.. please beware mommies out there, kalau anak demam jangan ambil mudah. Sentiasa pantau suhu badan anak. Sebab baby bawah umur 2 tahun, kalau suhu badan panas sangat masa demam, boleh kena sawan.... (mintak dijauhkan dari kita semua perkara macam tu... Aminnn)







mrs e

0 comments: