kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Thursday, March 29, 2012

Lama Vs Baru

|
Agak lama jugak dah dapat syiling yang baru ni. Tapi tak sempat-sempat nak ambil gambar. Heee :')


Dapat ni pun masa beli barang kat Jusco. Tempat lain so far aku tak dapat syiling yang baru ni lagi. Itupun kala aku nak membeli mesti la kadang-kadang terambil syiling ni nak buat bayaran. Pastu adik cashier cepat cepat ambil dengan suka hati *nak tukar dengan syiling dia lettew* dan aku yang tersedar terus mintak balik semula tukar dengan syiling yang lain LOL -.-t


Sayangggg hehhh.. Susah nak dapat lagi lak tu... Sok kalau dah berlambak, dah tak heran :D




Anyway, tak banyak perbezaan syiling lama dengan yang baru. Cuma syiling 20 sen ditukar dengan kaler keemasan dan saiznya kecil sikit. Syiling 10 sen sama dari segi saiz dan warna cuma corak baru je..
Syiling 5 sen pulak dibesarkan sikit hampir menyamai saiz syiling 10 sen..


Korang dah dapat syiling yang baru ni ke belum?





mrs e
mOmma HAN

Friday, March 23, 2012

Aisy Balik Kg cum Tengok Pengantin

|
2 minggu lepas Aisy balek kampung umah atok Segamat. Mama kata sekali nak pegi umah kenduri kawin sepupu mama sebelah arwah atok lelaki kat felda Redong ari ahad nya tuh.. So kitorang (Aisy, babah n mama) balik tido umah Tok Yah satu malam.


Sukaaa sangat la Tok Yah ngan Tokcu Pah bila Aisy balek. Ada la riuh sikit umah atok dengan suara Aisy. Cuma kesian la kat kakak Irdina kat umah atok BG sebab takde Aisy yang suka kacau dia main n tarik-tarik rambut dia.. Haaa tulah, sape suruh kakak Irdina tak suka ikat rambut kan, kan, kan.. Aisy tau capai je mana yang sempat.. Heeee... :P


Esoknya tu Aisy bangun pagi mama mandikan n terus pakaikan baju siap-siap. Pakai kemeja, pakai suar slack, stokin n kasut HENSEMHENSEM ;). Tok Yah teruja betul tengok Aisy pakai macam tu, dia kata gaya macam budak dah besar-besar aje.. Eheheheh :3


Sementara mama tunggu atok BG datang ngan cik Zaki sefamili ngan mummy n kakak Irdina nak konvoi ke umah kenduri, Aisy sempat amik gambar dengan Tok Yah.. 


 Lihatlah.. gembiranyaaaa Aisy!!



 Errr... cer tengok, ade rupa tok Yah tak Aisy?



As always, Aisy memang seorang yang ceriaaaaaaaaaaaaaa
:D



Jom tengok gelagat Aisy dalam kereta pulak :))








Aisy (Hafiy Aisy Nufail)
b/p mOmma
Thursday, March 22, 2012

10Q!

|
Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Murah rezeki untuk Aisy... Sejak lahir memang banyak rezeki yang datang tak putus-putus untuk dia. Seelok maksud di sebalik namanya; Aisy (yang mewah, kaya raya), memang mewah dan kaya raya dengan rezeki bertandang...


^_^


Baru-baru ni pulak, sampai 2 walker Aisy dapat. Satu daripada Yaya, dan satu lagi dari Acik Nah. Suka n berterima kasih sangatt la mama n babah dia... Save duit poket.. Ehehehehe :P


Aisy pun sukaaaaa la sangat duduk dalam walker nih. Dah pandai dah dia meround ke sekitar :) walaupun sebelum ni agak kaku n tak tau apa function sebenarnya dia kena duduk dalam situ.. Hihi



Tengok la tu kemain ceriaaa dia
Sampai tergelak besar
Walker ni Acik Nah yang bagi
Tq Acik Nah :)



Oh ye, tolocar kat belakang tu pun Aisy dapat dari Tok Cu Pah dia
Walau belum tau duduk tegap-tegap, tapi tolocar dah standby untuk dinaiki
^________^




Steady jek duduk sambil tgk tv :p
Walker ni Yaya pulak yang belikan
Walaupun kaler pink yang sangat kontra sekali dengan Aisy (sebab macam gegirl aje :P)
Tapi Aisy tetappppp la suka.. B-)


Since Aisy ade dua walker ni, so mama letak satu kat atas n satu kat dapur. Senang mama nak monitor Aisy yang tak boleh berenggang ngan mama tuh. So, kalau time mama nak masak Aisy duk nangis-nangis nak ikut, mama bawak g dapur n letak Aisy dalam situ. Senang. Dia diam aje selagi nampak mamanya depan mata :)



Tq pada semua yang memberi.
Hanya Allah yang dapat membalasnya.






mrs e

Monday, March 19, 2012

Strawberry Coklat

|
Bukan Vanilla Coklat eh! Hehehehehe




Ari tu pegi pasar lambak, sekali ternampak strawberry ni jual kat gerai buah. Terus macammm teringin, terkecur-kecur air liur nak makan.
Kalau makan cicah ngan cekelat syok nih... So amik satu pek, RM 12. Katanya dari Korea.


Pastu duk fikir, nak cicah ngan cekelat ape ek? Malas pulak nak masak coklat masakan tuh. Takkan nak guna cekelat chokichoki pulak :P


Last last, dapat idea. TINGGG!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Guna cekelat nutella ajelah.. Sedap hingga menjilat jari.. hikhikhikhik =)






mrs e
Saturday, March 17, 2012

Hangat-hangat...~

|
.... (sambunglah sendiri) ehehehe


Gitu la aku sejak dua menjak ni.
Mula-mula memang rasa rajin bebenauuuu nak update blog. Ada benda nak share cerita, tapi bila dah bukak lappy, pastu tgk fb jap, twitter jap, blogwalking jap.. 
End up aku dah ngantuk bila dah buat semua kat atas tu.. kihkihkihkih :P


Pastu kekadang pulak excited ni nak masuk gambar, sekali bila bluetooth dari hp ke lappy, boleh plak lappy tak dapat detect. 
Dah meranapkan 'kerajinan' aku. Yela, beria nak transfer gambar pastu nak watermark dulu segala, boleh pulak tak boleh nak bluetooth. Cisss betul :3


Tu yang jadinya M A L A S
Malam ni pun sebenarnya macam datang seru rajin... Tapi dah lama-lama nak tunggukan abis transfer gambar ke lappy pun dah makan masa, aku dah jadi ngantuk.
Kalau dah ngantuk, apelagi, tidolah jawabnya..
Tiheehehehehe.. =)


Dah, masuk tidor.
Baca doa dulu, jangan lupa.
Assalamulaikum...



p/s : nanti kena tunggu datang seru lagi baru aku update.. hewhewhewhew






mrs e
Friday, March 9, 2012

H A N & E

|






H for HANDRI//HAFIY

A for AISY

N for NOR NAJATUSSHIMA//NUFAIL

E for MR E


Happy :)



Kisahnya, before ni aku ade g shoppingmart dekat BG. Tersuka pulak aku dengan kerongsang nih. Sebelum tuh, adik aku dah ada n dah pakai lama dah. Tapi tak pulak aku menanya dia beli kat mana. So, masa beli tu, tinggal beberapa huruf je yang ade. Tak silap tinggal huruf R, M dan satu huruf E. Maka, cecepat la aku amik yang huruf E tu. Konon bila pakai akan tersemat sentiasa E (Mr E) dihatiku.. Ceaaaaa... :P


Baruuuu jek sekali pakai, bila nak pakai for the 2nd time, jenuh la aku mencari kerongsang neh. Seingat aku kat atas meja solek. Tapi puas godek-godek sana sini n cari kut-kut terjatuh ke apa tetap la tak jumpa. Tanya kat Mr E ada tak dia nampak. Dia kata macam ada ternampak Irdina yang main-main. Pastu dia ignore kan aje sebab ingat mummy nyer punya.. Adehhhhh... -_-"


Dah jadi satu keje lak kat aku selongkar tempat-tempat yang Irdina main. Tapi tak jumpa jugak sampai ke sudah. Aku syak mak aku dah terbuang kat tempat buangan sampah n terbakar-kan sekali. Wuwuwuwuwu ~~


Then tanya adik aku dia beli kat mana. Dia kata beli kat Muo, siap bawak aku lagi kat tempat dia g beli tu tapi dah takde pulak kerongsang tuh. Penjual-penjual tu kata, memang tak akan restock lagi design yang macam tuh.. Huhuhu. Memang takde rezeki aku la jawabnya nak pakai lagi.. :-/


Tetiba ari ni pegi masuk balik kat shoppingmart tu, boleh plak ternampak dia da restock dah kerongsang design ni. Banyak pulak tu huruf-huruf yang masih ade.. Apelagi, tak tunggu-tunggu terus aku rembat.. Memang sukeeee la sangat.. Hehehe.. 


Alhamdulillah, kalau memang ade rezeki aku nak pakai, memang tak ke mana.



:D




mrs e
Saturday, March 3, 2012

Hari Ini :)

|
Baru pas sidai kain baju. N dah siap masak dan makan sekali. Hehhe :D *perut kenyang suke hati, tu yang senyum meleborrr tu.. kihkihkih


Anyway, ni relax jap sementara tunggu zohor. Jap ag nak siap² packing baju nak balik umah MIL. Balik jap je pun, sebab mr e ghinduuuuu nak  jumpa adeknya nan seorang tuh. Adeknya pun balik kg jap je, malam nanti da nak balik KL lagi.


Walau balik jap je, tapi tatappp la nak kena packing² bagai. Orang dah ade anak gini la, mesti nak bawak spare baju/pampers etc untuk si manja kesayangan. Kang kalau dia poo poo ke rimas nak salin baju ke nak mandi ke dah senang. At least ade standby barang² dia. Kalau kita yang tua ni tak kesah lerr kannn :P


Esok pepagi lak nak g JB umah akak aku. Ade hal sikit. Pegi balik ari je, g pagi balik petang. Will be a long journey again for us.


Okay lah, nak g packing baju. Jap lagi maybe mr e balik dah dari keje. Dia keje ½ day je ari ni ^_^


Till then...






mrs e