kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, March 9, 2012

H A N & E

|






H for HANDRI//HAFIY

A for AISY

N for NOR NAJATUSSHIMA//NUFAIL

E for MR E


Happy :)



Kisahnya, before ni aku ade g shoppingmart dekat BG. Tersuka pulak aku dengan kerongsang nih. Sebelum tuh, adik aku dah ada n dah pakai lama dah. Tapi tak pulak aku menanya dia beli kat mana. So, masa beli tu, tinggal beberapa huruf je yang ade. Tak silap tinggal huruf R, M dan satu huruf E. Maka, cecepat la aku amik yang huruf E tu. Konon bila pakai akan tersemat sentiasa E (Mr E) dihatiku.. Ceaaaaa... :P


Baruuuu jek sekali pakai, bila nak pakai for the 2nd time, jenuh la aku mencari kerongsang neh. Seingat aku kat atas meja solek. Tapi puas godek-godek sana sini n cari kut-kut terjatuh ke apa tetap la tak jumpa. Tanya kat Mr E ada tak dia nampak. Dia kata macam ada ternampak Irdina yang main-main. Pastu dia ignore kan aje sebab ingat mummy nyer punya.. Adehhhhh... -_-"


Dah jadi satu keje lak kat aku selongkar tempat-tempat yang Irdina main. Tapi tak jumpa jugak sampai ke sudah. Aku syak mak aku dah terbuang kat tempat buangan sampah n terbakar-kan sekali. Wuwuwuwuwu ~~


Then tanya adik aku dia beli kat mana. Dia kata beli kat Muo, siap bawak aku lagi kat tempat dia g beli tu tapi dah takde pulak kerongsang tuh. Penjual-penjual tu kata, memang tak akan restock lagi design yang macam tuh.. Huhuhu. Memang takde rezeki aku la jawabnya nak pakai lagi.. :-/


Tetiba ari ni pegi masuk balik kat shoppingmart tu, boleh plak ternampak dia da restock dah kerongsang design ni. Banyak pulak tu huruf-huruf yang masih ade.. Apelagi, tak tunggu-tunggu terus aku rembat.. Memang sukeeee la sangat.. Hehehe.. 


Alhamdulillah, kalau memang ade rezeki aku nak pakai, memang tak ke mana.



:D




mrs e

0 comments: