kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Friday, April 13, 2012

Chill~

|


Snap snap masa tengah tunggu mak aku n wawa melawat makcik kat hospital.
Since ade bawak Aisy n Irdina, sebab tu kitorang tunggu kat bawah aje. Boleh je kalau nak bawak baby/budak umur bawah 12 tahun masuk ke dalam untuk melawat, tapi tak digalakkan. Kitorang rasa better kitorang tunggu kat luar je. Lagipun kalau bawak budak-budak ni masuk kang diorang merengek ke ntahape lagi lah orang yang sakit bertambah sakit dengar bising-bising :P



Irdina : Takde dalam gambar sebab dia duk sebok main sendiri n perati orang lalu lalang =)






mrs e





Tuesday, April 10, 2012

Buai Laju-Laju

|
Last week kitorang ikut mummy aka fifi bawak Irdina main slide kat Tanjung Emas, Muar. Before ni ade bawak dia main kat sana, tapi taulah kan, bawak during weekend. Bebudak ramai, nak kena berebut-rebut dulu nak main slide segala. Dah la Irdina tu kecik lagi, nak melangkah anak tangga naik slide tu pun makan masa -_-t Bebudak lain lak lebih besar dari dia, so dia lah yang asyik kena mengalah aje... Sian Irdina -_-"




Pegi masa weekdays, satu Tanjung Emas tu boleh jadi Irdina yang punya. HAHA :D. Sangat hepilah dia dapat main slide puas-puas tanpa nak berebut-rebut nak tunggut turn kan. Aisy pun tumpang sekaki.. Heheeeee
Tapi Aisy tak pandai nak naik slide lagi, so Aisy naik buaian je dengan mama =))





Kelakar ok Aisy. Sungguh pun kecik gitu, tapi dia macam tau takut jugak. Time mama hayunkan buaian tu turun naik, dia macam berbunyi-bunyi takut. Kalau kita kan macam nak jerit ke ape kan? Tapi dia buat bunyi yang hanya dia je yang tau.. kekeke.. Tapi mama taulah dia macam takut. Agaknya dalam hati dia kata 'Tanjat Aisy, mama!'
Mama hold dia lagi kuat la. Walau dalam takut-takut tu tetaplah Aisy suka. Takut tu memula je. Lepas tu dah gelak sakan!





Seronok n puas sangat la Irdina dapat main hari tu. Sampai kitorang pulak yang termengantuk-mengantuk menunggu. Bagi can kat dia main puas-puas :)



atuk, mama+Aisy, wawa


Dah puas+penat main, dengan rela hatinya bila diajak balik Irdina pun nak. Tak macam sebelum ni, sebab tak puas main, menangis-nangis dan meronta-ronta dia dalam kereta. Sib baik masa tu boleh umpan dia g makan McD, kalau tak haruuuuuu :3


Mrs Driver :p
sebab dia yang jadi drebar ari tu.. hehe


Balik tu, kitorang singgah makan jap. Then terus gerak g Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebelum balik umah ziarah makcik (adik mak aku) yang sakit.








mrs e
Monday, April 9, 2012

Aisy Oh Aisy

|
Semakin besar, semakin banyak gelagat Aisy yang buat mama tak henti-henti dan tak jemu-jemu tersenyum ketawa bila teringat. Ada-adaaaaaaaaaaaaaa aja akal si kecik ni. Belajar dari mana pun tak tau :')


Ini situasi masa singgah makan kat McD baru-baru ni. Orang lain makan, Aisy pun sibuk nak makan. 
Sejak mama dah suap Aisy makan ni, pantang betul dia kalau tengok orang lain mengunyah atau sedut air/minum air. Memang dia akan beria-ia laaa nak jugak apa yang kita makan tu. Kalau kita tak kasi, terus meronta-ronta geram!! HAHA


Nak tengok aksi Aisy? Jom!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tengok tuh, sedap jek dia sentilkan fries tu kat mulut dia. HAHAHA :D




Bagus betul sebab Aisy memang tak kisah pasal makanan. Suap n sua ape jelah kat mulut dia, mesti dia dah ready dulu nganga besar-besar :D. Cuma mama jelah yang pantau pemakanan dia. Sebab dia masih baby lagi kan. So mama kena ajar dia supaya jangan sampai spoil selera dia nak makan makanan tertentu aje, contohnya bila dah rasa makan makanan masin sampai ke besar esok nak makan yang masin-masin aje.



Tapi kadang tu tak sampai hati, suap jugalah sikit buat rasa-rasa. Jadi mak memang gini ke, selalu tak sampai hati :)






mrs e
Thursday, April 5, 2012

BerTIGA Lebih Baik

|
"BerTIGA denganmu, 
Pasti lebih baikkkk... lalalalala"
:))





Suka sangatttt gambar-gambar ni
Sweet moment
One Happy Family
^_____^



Syukur alhamdulillah.. Lengkap famili kecil kami dengan kehadiran si buah hati, Hafiy Aisy Nufail
Walaupun setelah lebih 4 tahun menunggu, ternyata penantian kami itu amat-amat berbaloi :))
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui masa yang sesuai untuk kita bagi semua perkara
Jazakallah


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dah lama pun gambar ni sebenarnya
Tapi tak sempat je nak transfer ke lappy
Ni pun mintak my niece yang tolong masukkan, lau tak, tu diaaa terperuk jela gambar ni dalam kameranya
Hehhe :3


Pic ni masa kitorang g Taman Rama-Rama, Melaka
Bukan pergi bertiga, tapi g sekali dengan Yaya+Tunang, Mummy n si kecil kakak Dina
Sukaaaaaaaaaaaa la sangat Irdina bila nampak Butterfly, serangga dan haiwan lain. Dia kan dah pandai nak kenal-kenal binatang :)
Aisy lak tak tau ape-ape lagi, selagi ada mama n babah dia ada, he will enjoy every moments :D





mrs e





Wednesday, April 4, 2012

Kampungku Indah Permai

|


Saujana mata memandang
Melihat alam indah ciptaan Tuhan. Rasa nyaman je udara bila berada kat kampung. Sib baik la memang aku bermastautin kat sini, kalau tak pasti hati menggelitik nak balik ke tanah halaman.
=P


Credit Picture





mrs e