kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Monday, April 9, 2012

Aisy Oh Aisy

|
Semakin besar, semakin banyak gelagat Aisy yang buat mama tak henti-henti dan tak jemu-jemu tersenyum ketawa bila teringat. Ada-adaaaaaaaaaaaaaa aja akal si kecik ni. Belajar dari mana pun tak tau :')


Ini situasi masa singgah makan kat McD baru-baru ni. Orang lain makan, Aisy pun sibuk nak makan. 
Sejak mama dah suap Aisy makan ni, pantang betul dia kalau tengok orang lain mengunyah atau sedut air/minum air. Memang dia akan beria-ia laaa nak jugak apa yang kita makan tu. Kalau kita tak kasi, terus meronta-ronta geram!! HAHA


Nak tengok aksi Aisy? Jom!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tengok tuh, sedap jek dia sentilkan fries tu kat mulut dia. HAHAHA :D




Bagus betul sebab Aisy memang tak kisah pasal makanan. Suap n sua ape jelah kat mulut dia, mesti dia dah ready dulu nganga besar-besar :D. Cuma mama jelah yang pantau pemakanan dia. Sebab dia masih baby lagi kan. So mama kena ajar dia supaya jangan sampai spoil selera dia nak makan makanan tertentu aje, contohnya bila dah rasa makan makanan masin sampai ke besar esok nak makan yang masin-masin aje.



Tapi kadang tu tak sampai hati, suap jugalah sikit buat rasa-rasa. Jadi mak memang gini ke, selalu tak sampai hati :)






mrs e

0 comments: