kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, April 10, 2012

Buai Laju-Laju

|
Last week kitorang ikut mummy aka fifi bawak Irdina main slide kat Tanjung Emas, Muar. Before ni ade bawak dia main kat sana, tapi taulah kan, bawak during weekend. Bebudak ramai, nak kena berebut-rebut dulu nak main slide segala. Dah la Irdina tu kecik lagi, nak melangkah anak tangga naik slide tu pun makan masa -_-t Bebudak lain lak lebih besar dari dia, so dia lah yang asyik kena mengalah aje... Sian Irdina -_-"




Pegi masa weekdays, satu Tanjung Emas tu boleh jadi Irdina yang punya. HAHA :D. Sangat hepilah dia dapat main slide puas-puas tanpa nak berebut-rebut nak tunggut turn kan. Aisy pun tumpang sekaki.. Heheeeee
Tapi Aisy tak pandai nak naik slide lagi, so Aisy naik buaian je dengan mama =))





Kelakar ok Aisy. Sungguh pun kecik gitu, tapi dia macam tau takut jugak. Time mama hayunkan buaian tu turun naik, dia macam berbunyi-bunyi takut. Kalau kita kan macam nak jerit ke ape kan? Tapi dia buat bunyi yang hanya dia je yang tau.. kekeke.. Tapi mama taulah dia macam takut. Agaknya dalam hati dia kata 'Tanjat Aisy, mama!'
Mama hold dia lagi kuat la. Walau dalam takut-takut tu tetaplah Aisy suka. Takut tu memula je. Lepas tu dah gelak sakan!





Seronok n puas sangat la Irdina dapat main hari tu. Sampai kitorang pulak yang termengantuk-mengantuk menunggu. Bagi can kat dia main puas-puas :)



atuk, mama+Aisy, wawa


Dah puas+penat main, dengan rela hatinya bila diajak balik Irdina pun nak. Tak macam sebelum ni, sebab tak puas main, menangis-nangis dan meronta-ronta dia dalam kereta. Sib baik masa tu boleh umpan dia g makan McD, kalau tak haruuuuuu :3


Mrs Driver :p
sebab dia yang jadi drebar ari tu.. hehe


Balik tu, kitorang singgah makan jap. Then terus gerak g Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebelum balik umah ziarah makcik (adik mak aku) yang sakit.








mrs e

0 comments: