kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Wednesday, June 20, 2012

Go Randomly

|
Assalamualaikum :)


Fuhh, lama betul tak update kat sini. Ada cerita nak share, tapi kadang-kadang rasa takde masa, kadang-kadang pulak rasa malas HAHA. Nak tunggu aura dan semangat nak update tu makan masa sikit ehehehehe :P


So, aku cerita secara random aje la yer!



1. Aku dah kembali bekerja semula. Walaupun cita-cita nak menjadi surirumah sepenuh masa pada asalnya, tapi peluang dan rezeki yang datang tak mampu untuk aku tolak. Mungkin ini rezeki untuk kami sekeluarga, untuk kukuhkan ekonomi keluarga kami dan masa depan :))


Me & my workplace


2. So far, keje aku ok. Masuk pukul 7, balik 3.30. Ari jumaat balik kul 2. Syok! Kawan-kawan pun ok. So ok ok jelah. Cuma bercinta sikit lah nak bangun pagi-pagi tuh sebab at least pukul 6++ aku dah nak kena keluar dari rumah. Dah la banyak traffic light pulak tu. Tu yang kalau keluar terlambat sikit, alamat merah le punch card aku.. huuuuuuu



Dengan rakan sekerja



3. Lama dah aku tak cerita dan update milestones Aisy, kan? Aisy sekarang da masuk 10 bulan++. Rasa macam cepat pulak masa berlalu, tup tup dia dah nak masuk setahun. Aisy dah pandai memapah-mapah n nak berdiri diri sendiri. Dan juga dah tumbuh gigi! Yeayyyy!!! Yang kelakar tu gigi bawah tumbuh 2 serentak, tapi gigi atas muncul 1 je.. hehehe :D Kena waspada sikit la aku sekarang, sebab takut dia menggigit masa menyusu.. huhuhu




time takde keje HAHA lawa tak bulumatapelesu kittew hewhewhew


4. Oh, diam tak diam ari tu dah 5 tahun kami kahwin. Dan mr e bagi present 4 dalam 1 untuk aku. Hadiah melahirkan Aisy+Hadiah belated birthday+Hadiah hari ibu+Hadiah ulangtahun perkahwinan ke 5. Pandai kan mr e? Semua dirangkumkan jadi 1 hadiah je. Tapi berbaloi la dengan hadiah yang aku dapat tu.. Sangat sangat dan terrrrsangatttt suka!! Tq my darling hubby♥



snapshot hadiah kittew.. sapa dapat teka, apakah ini? HEHE



 Aku rasa tu jelah kot. Tak terlintas pulak cerita lain. Aku akhiri entri aku dengan gambar tutti putti yang pestaim aku makan ari tu.. hihihihi




Irdina yang nak tutti putti semangkuk sendiri dan gambar kanan kami punya tutti putti yang di share bersama








mrs e

0 comments: