kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem

|
Salam,


Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Hari ni dah masuk hari ke 4 berpuasa, so macamana? Ada yang masih letih tak dapat nak 'tune' kan badan lagi? Masih ada yang lembik lemah gemalai kalah agar-agar nak sampaikan masuk waktu berbuka? Hehehehe



As for me, aku dah dapat biasakan diri sebelum ramadhan lagi.. Yelah, achik kan banyak hutang pose, harusss lahhh aku marathon ari tu speed 100 meter nak habiskan hutang puasa.. 27 hariiii tuuuuuuuuu, kalau tak betul-betul cekal, memang kalah sebelum berjuang! Alangkan hutang pose seminggu pun kadang-kadang ade orang yang tak habis bayor :P hikhikhik



4 ramadhan memang akan menjadi kenangan sepanjang hayat untuk aku semenjak tahun lepas. Kerana pada tarikh ini lah (mengikut bulan Islam) aku lahirkan zuriat pertama kami, Hafiy Aisy Nufail
^_^



Imbau kenangan, pada waktu waktu sebegini aku masih menahan sakit contraction dalam labour room. Dari start kul 4 pagi, sampai lah ke pukul 1.29 tengahari baru Aisy selamat dilahirkan. Kesyukuran dan kegembiraan yang tak terhingga aku rasakan saat itu. Rasa lega amattt!!! Pastu dapat tengok muka baby yang menghuni perut mamanya selama ini, yang aku bawak ke sana-sini selama 9 bulan tanpa sesaat pun pernah tinggal :) Rasa puas dah bergelar ibu...



Alhamdulillah, semuanya selamattt..
Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku untuk memiliki zuriat sendiri..
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah


Terima kasih Ya Allah!



Jom kita tengok baby ramadhan tahun lepas yang dah tak berapa baby dah tahun ni >>>



 makan budokkkkk!!!


 mOmma n son of Pororo hewhewhew ;')





kecik-kecik dah ada minat membaca, sejuk perut mama mengandung :))



Selamat Hari Ulangtahun kelahiran, sayang
Mama n babah sentiasa doakan untuk kebaikan dan kesejahteraan diri Aisy
Semoga Aisy membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata, pandai ilmu dunia dan akhirat, hormat orang tua dan segalanya yang baik baik sahaja untuk Aisy
Mama n babah saaayyyyaaaanggggg Aisy sangat sangat!
*Peluk Aisy ketat-ketat*





p/s   : kronologi pengalaman bersalinkan Aisy akan aku share jugak dalam masa terdekat sebagai kenangan untuk aku dan perkongsian cerita untuk kawan-kawan lain

p/s/s : baru dapat tau ade orang orang yang aku kenal rupanya membaca blog ini tanpa aku sangka. Tak tahu ape tujuan sebenarnya membaca blog ini, apepun aku anggapkan yang baik baik saja. Untuk orang orang berkenaan, Haiiiiii...!





mrs e
Tuesday, July 10, 2012

Berpeluh!!!!

|
Ari ni kat sekolah ade program senamrobik serentak 1M1S1M. Semua guru, staff n murid terlibat. Mula pukul 7.30 pagi n tamat pukul 9 pagi.


Fuhhhhhh dah lama tak gerakkan otot-otot ni semua. Bila bersenamrobik, sekejap aje ahkak dah semput. Huahuahua
-_-l


Tapi bestttt jugak. Bila sekali sekala terlibat dalam aktiviti sekolah macam ni, enjoyyy la sebab tergelak tengok masing-masing muka beria-ia bersenam hahaha :D

Live update from mrs e