kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..
puas kita menangis mencari matahari rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita....
pelangi yang indah..
Saturday, August 4, 2012

Aisy is 1!

|
Happy birthday buat anak kesayangan mama dan babah! Manja mucuk mashammm mama! Anak mama dunia akhirat.. ♥


Hari ni genap Aisy setahun pukul 1.29 tengahari nanti sepertimana saat Aisy dilahirkan setahun yang lepas.


Mama dan babah mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadarat Ilahi atas kehadiran Aisy yang comel seterusnya melengkapkan hidup kami.


Sebagaimana makna nama yang mama dan babah berikan, itulah doa kami seharian untuk kehidupan Aisy kini dan akan datang. 
 
Hafiy yang bermaksud Yang Memuliakan. Mama dan babah berdoa semoga Aisy mengamalkan akhlak dan  sifat-sifat yang terpuji dan mulia dalam diri Aisy sebagaimana akhlak dan sifat Rasulullah S.A.W

Aisy yang bermaksud Mewah, Kaya Raya. Mama dan babah berdoa supaya Aisy sentiasa murah rezeki selalu. Kaya raya dengan sifat terpelihara dan kaya budi bahasa.

Nufail yang bermaksud Pemberian, Hadiah. Mama dan babah menyambut Aisy sebagai pemberian dan hadiah yang Allah amanahkan kepada kami ini supaya menjadi anak yang soleh yang boleh dibuat bekalan akhirat apabila kami sudah tiada nanti.


Sesungguhnya, setiap ibu bapa mendoakan yang terbaik hanya untuk anak mereka. Begitu juga mama dan babah.
Serasanya begitu cepat masa berlalu. Sekejapan je Aisy dah setahun. Rasa momen-momen indah singgah dan pergi dengan pantas. Dan amat beruntung momen-momen indah itu sempat dirakamkan menjadi kenangan indah :))


Sejurus dilahirkan


Sebulan



 
2 bulan



 
3 bulan



 
4 bulan



 
5 bulan



 
6 bulan



 
7 bulan



 
8 bulan



 
9 bulan



 
10 bulan



 
11 bulan



Setahun




mrs e